REKOD LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN KUBANG PASU TAHUN 1991 - 2017 Bangunan Markas Tok Kesop ketika dalam pembinaan Banjir besar tahun 2010 Setelah banjir surut Laluan dari Kepala Batas keBandar Darulaman ditutup (gambar dari atas jejantas Tok Jalai) Pandangan dari Bandar Darulaman arah ke selatan Bangunan Markaz Pas Kawasan Kubang Pasu tahun 2017 Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Tujuan saya membuat blog ini ialah untuk menyimpan rekod yang boleh dijadikan rujukan oleh jenerasi yang akan datang. Saya terpanggil untuk menyimpan rekod ini semasa saya tidak memegang jawatan Setiausaha Kawasan pada sesi 2011-2013 yang mana pengganti saya telah membuat gotong royong bersama ahli-ahli Pas membersihkan Markas Kawasan. Semasa kerja-kerja gotong royong tersebut telah (secara tidak sengaja) membuang rekod-rekod penting Pas Kawasan termasuk buku-buku rekod Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kubang Pasu dan dokumen-dokumen
1. SEJARAH PEMBINAAN MARKAZ TOK KESOP 1998 Tiada apa-apa rekod resmi yang tersimpan dipejabat Markaz Tok Kesop. Tetapi saya terjumpa gambar-gambar lama ketika bangunan masih dalam pembinaan, maka saya abadikan gambar-gambar tersebut dalam blog ini. Begitu juga kos sebenar pembinaan tidak diketahui kerana tiada penyerahan dibuat oleh pimpinan lama (sebelum 2001) kepada pimpinan baru (selepas 2001). Walau bagaimana pun saya akan terbitkan apa-apa rekod yang ada dicatit dalam buku mesyuarat agung tahunan selepas ini. Kita menghargai kerja buat yang telah dilakukan oleh pimpinan terdahulu sehingga tertegaknya bangunan yang indah ini. Samoga Allah menjadikan kerjabuat mereka sebagai amal soleh yang diberi ganjaran yang sewaajarnya. mesyuarat dibawah bangunan yang sedang dalam pembinaan mesyuarat dibawah bangunan yang sedang dalam pembinaan mesyuarat dibawah bangunan yang sedang dalam pembinaan REKOD DERMA DAN PERBELANJAAN MEMBINA BANGUNAN MARKAS PAS KUBANG
Comments
Post a Comment